By Blog Penyokong Kerajaan Bn
Sunday, May 8, 2011
16 comments
Ada orang bertanya betulkah kerajaan Barisan Nasional BN yang diterajui oleh umno menzalimi rakyat seperti didakwa parti pembangkang. Berbagai doa dan sembahyang hajat dilakukan oleh mereka untuk menjatuhkan BN.
Ada pula orang mengatakan BN tidak zalim kerana menjaga kepentingan rakyat dan kepentingan umum serta berlaku adil terhadap rakyat oleh sebab itulah doa pembangkang tidak dimakbulkan.
Walau bagaimanapun ini semua adalah ketentuan Allah siapa yang berhak menjadi Khalifah di Malaysia kerana Dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tentang segalanya.
Yang jelas jasa BN kepada rakyat telah terbukti
1. Malaysia aman dan makmur dengan rezeki melimpah ruah dan dapat dinikmati oleh semua orang tanpa mengira anutan politiknya bangsa dan kaum.
2. Pegawai kerajaan hampir satu juta lebih terdiri dari pelbagai kaum dan fahaman politik serta tidak didiskriminasi. Ada kakitangan kerajaan ahli pas dap umno pkr dll semuanya bebas mencari rezeki. Ini dapat dilihat calon pas pada prk dun Tenang adalah seorang guru sekolah kerajaan yang meletak jawatan untuk bertanding.
3. Kebajikan rakyat dijaga dan ditolong semampu yang boleh seperti membina sekolah, masjid, jalanraya, lampu jalan, klinik, hospital, rumah anak yatim dan bermacam-macam lagi kemudahan untuk rakyat yang terlalu banyak nak disenaraikan disini.
4. Menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan agama dengan adil dan saksama
5. Masjid dan surau bertaburan disetiap inci tanah di malaysia begitu juga azan kedengaran dimana-mana saja dan rakyat bebas beribadat dengan tenang. Begitu juga penganut agama lain juga bebas melakukan amalan agama mereka tanpa diganggu dengan aman.
6. Datuk Sri Najib ada mempelawa Pas menyertai Bn dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara bersama-sama tapi Pas menolak.
7. Kerajaan BN tidak terlalu berkira dengan Ngo atau Institiut yang berkepentingan umum untuk kebaikan rakyat seperti isu UUM yang cukainya hanya 100ribu sahaja setahun sedangkan Pas menuntut sebanyak 1.7 juta.
8. Kerajaan BN berpandangan jauh dalam menjanjikan sesuatu yang realistik dan mampu ditunaikan.
9. Pembangkang pula tidak berpandangan jauh dalam menjanjikan sesuatu seperti yang tertulis dalam buku jingga yang jika difikir memang tidak lojik dapat dilakukan dalam tempoh 100 hari.
Contohnya memansuhkan semua tol lebuhraya. Berapa banyak wang yang perlu dibayar untuk mengambilalih dari pihak swasta dan siapakah pula nak menjaga dan membaikpulih jika berlaku kerosakan semua lebuhraya tersebut.
Kesimpulannya keikhlasan adalah penting dalam melakukan sesuatu kebajikan atau menjanjikan sesuatu dan rakyat melihat keiklasan tersebut adalah berpihak kepada Bn jika hendak dibandingkan dengan pihak pembangkang.
KUALA TERENGGANU, 30 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
“Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini. Seterusnya umno-online.com
Komen
Apa yang di sarankan oleh Datuk Sri Najib (Dsn) mengajak pas menyertai bn adalah bertepatan pada masanya dan dipersetujui oleh majoriti masyarakat islam di malaysia.
Penulis juga bersetuju dengan saranan Dsn itu yang merupakan satu pandangan yang ikhlas demi islam dan bukan hanya untuk politik semata-mata.
Kekadang kita perlu bebas dari sebarang pengaruh politik semasa berfikir tentang isu perpaduan ummah ini dan jadikan islam itu lebih utama dari kepentingan parti politik masing-masing dan bukannya asyik berpolitik 24 jam sehari.
Bagi sesetenjah ahli dan pengikut pas, mereka terlalu taksub pada parti seolah-olah pas adalah segalanya dalam hidup mereka dan mendabik dada mengatakan parti mereka saja yang lebih islam dari orang lain, sedangkan dalam islam tidak diajar untuk kita berbangga dengan amalan diri sendiri sebab boleh menjadi riak.
Mereka juga tidak sedar bahawa parti hanyalah satu pertubuhan semata-mata dan sesiapa pun boleh menubuhkan sesebuah parti atas nama apa sekalipun dengan ideologi masing-masing.
Sedarlah bahawa ideologi sesebuah parti politik boleh diubah dan dipinda bila-bila masa mengikut siapa yang memimpin parti tersebut dan dipersetujui ramai tetapi islam tidak boleh diubah dan dipinda walau siapapun menjadi pemimpin kerana agama islam itu sendiri telah lengkap.
Kalau betullah pas ikhlas memperjuangkan islam kenapa pula menolak pelawaan itu sedangkan islam mengajak umatnya bersatupadu dan jangan berpecahbelah?
By Blog Penyokong Kerajaan Bn
Sunday, April 24, 2011
3 comments
Oleh AWANG SELAMAT
Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.
Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.
Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.
Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP.
Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir.
Ternyata beliau tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jika mahu berbaik dengan parti bukan Islam dan bagi memperkenalkan Islam, UMNO telah mempelopori usaha itu bersama MCA dan MIC seawal tahun 1950an lagi.
Muafakat antara agama dan kaum telah lama dimulakan oleh UMNO pada ketika Pas sibuk mengkafirkan parti-parti bukan Melayu suatu masa dahulu. Lebih ramai bukan Islam memeluk Islam terutama di era Tunku Abdul Rahman kerana kesederhanaan dan toleransi agama Islam di bawah naungan kepimpinan UMNO.
Yang sebenarnya menjadi isu sekarang ialah sikap Pas terutama Nik Aziz mengikut telunjuk DAP. Beliau tergamak melabel UMNO sebagai pihak yang kononnya tidak mengamalkan Islam tetapi menjulang DAP yang diketahui sentiasa cuba menggugat kepentingan Islam.
Beliau terlupa bahawa kerajaan UMNO paling banyak mendirikan masjid, sekolah agama selain universiti Islam, Tabung Haji, memperkenalkan Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak sumbangan lagi. Semua itu bukan hasil perjuangan Pas apatah lagi DAP.
Setakat ini, tiada apa yang menampakkan DAP akur kepada muafakat kepimpinan Islam dalam pakatan pembangkang. Sebaliknya, banyak kepentingan Islam tergugat angkara percaturan politik DAP sementara Pas menjadi picisan.
Maknanya Nik Aziz gagal di samping membuka lebih banyak ‘pencerobohan’ ke atas kepentingan Islam di negara ini. Beliau juga ternyata takut kepada DAP. Penegasan berulang kali Pengerusi DAP, Karpal Singh ‘langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam’ tidak berani disanggah oleh Nik Aziz.
Beliau menikus seolah-olah Karpal juga adalah Pengerusi Pas. Belum pernah dalam sejarah Pas, ada pemimpin yang dayus dan celaru seperti Nik Aziz. Belum pernah...
Dalam post yang lepas ada seorang pembaca memberi komen tentang artikel bertajuk Nak dibandingkan muka atau bentuk badan?
Penulis terpaksa membuka satu posting baru kerana penjelasan yang panjang dan tidak muat diruangan komen bagi menjawab hujah beliau
Sebahagian dari petikan artikel tersebut adalah seperti berikut :
Yang mengenal bentuk badan seseorang tentulah isterinya dan juga orang yang pernah melihat badannya. Wan azizah menggunakan hujah bentuk badan tidak sama untuk menangkis tuduhan tersebut.
Sedangkan orang ramai yang melihat video klip itu menggunakan hujah perbandingan muka untuk mengenali orang tersebut.
Hujah mana yang lebih benar dan betul dalam mengenali seseorang itu?
Hujah yang nyata iaitu muka atau hujah yang seorang saje yang tahu iaitu bentuk badan...
Oleh itu untuk menyelesaikan polimik ini satu badan bebas perlu dibentuk untuk menyiasat isu ini kerana ia melibatkan kepentingan ramai dan rakyat ingin megetahui kebenaran?
Saya kata kita kena tentukan bentuk badan sebab muka boleh disolek.Maknakata muka orang lain boleh disolek sebegitu rupa dgn kepakaran jurusolek merupai wajah & style rambut Anwar. Pernah tengok pelakon Ben Kingsley yg berlakon sebagai Mahatma Gandhi dlm filem Gandhi. Begitu real beliau disolek sehinggakan apabila beliau turun ke jalanraya di India ramai yg mendekati & mencium kaki tanda hormat kpd beliau seolah2 kepd mereka Gandhi telah hidup semula!!
Membaca komen tersebut penulis tersenyum sinis kerana ia membuktikan bahawa hujah penulis adalah betul iaitu kita mengenal seseorang melalui raut wajahnya. Ini dapat dilihat dengan kenyataan diatas berbunyi apabila beliau turun ke jalanraya di India ramai yg mendekati & mencium kaki tanda hormat kpd beliau seolah2 kepd mereka Gandhi telah hidup semula!!
Ini menunjukkan bahawa sebilangan orang ramai di jalanraya mengatakan itu adalah Ghandi yang dihidupkan semula kerana mereka melihat wajah pelakon tersebut mirip Ghandi dan bukan melihat bentuk badan pelakon tersebut, lagi pun manalah mereka tahu bentuk badan Ghandi yang sebenar.
Bagaimanapun tidak perlulah ditubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat kes Ben Kingsley kerana semua orang tahu bahawa itu adalah lakunan semata-mata dalam filem Ghandi walaupun ada segelintir orang ramai di India yang sikit terkeliru. Lama kelamaan mereka akan menyedari hakikat bahawa itu adalah sebuah filem dan tidak sedikitpun menjadi isu di India.
Oleh itu adakah sama isu videoklip yang mukanya mirip wajah seorang pemimpin pembangkang dengan Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi seperti yang didakwa oleh pemberi komen tersebut?
Tentulah tidak sama kerana semua orang tahu dan bersetuju bahawa itu hanyalah sebuah filem yang dikeluarkan di Hollywood.
Berbanding isu videoklip ini pula tidak jelas, orang ramai keliru ada yang kata fitnah, konpirasi, lakonan semata-mata, berniat jahat dan ada pula yang setelah melihat videoklip berdurasi 1.47 minit bersetuju seperti yang didakwa oleh Datuk "T".
Pemberi komen juga ada menyatakan bahawa "kita kena tentu bentuk badan kerana muka boleh disolek".
Adakah pemberi komen dan pembangkang kenal dan pasti siapakah tuan punya badan tersebut ?
Kalaulah betul itu satu lakonan seperti yang didakwa oleh pemberi komen, kita nak juga tahu siapakah pelakon sebenar pengarah dan penerbit videoklip tersebut seperti mana kita tahu siapa pelakon pengarah penerbit filem Ghandi.
Itulah sebabnya satu suruhanjaya bebas perlu untuk menyiasat mencari kebenaran bagi mengelak timbul fitnah dan kekeliruan dalam masyarakat.
By Blog Penyokong Kerajaan Bn
Sunday, April 17, 2011
3 comments
Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 telah berakhir dan seperti dijangka kemenangan sekali lagi berpihak kepada Barisan Nasional dengan majariti melebihi 2/3.
Apa yang menarik pada pilihanraya kali ini ialah kebanyakkan penduduk dikawasan bandar lebih berminat dengan parti pembangkang terutama Dap berbanding penduduk luar bandar yang lebih memihak kepada Bn.
Perdana Menteri ketika ditanya mengesahkan hal ini dan akan mengkaji serta akan cuba menyelesaikannya untuk menghadapi pilihanraya akan datang.
Sokongan yang diterima Bn dari peringkat akar umbi ini perlulah dihargai dan kerajaan perlulah bekerja keras serta berusaha bersungguh-sungguh untuk membela nasib mereka terutama yang diluar bandar.
Mereka menerima apa yang dijanjikan dan akan dilaksana oleh Bn dan menaruh harapan yang tinggi untuk melihat masa depan mereka lebih terjamin dalam negara yang aman damai serta maju dan makmur sesuai dengan konsep rakyat didahulukan.
Adalah menjadi tugas Yang Berhormat pula agar selalu turun padang selepas ini dan mengambil berat tentang masalah rakyat di kawasan masing-masing dan tak perlulah menabur berbagai janji pada setiap kali pilihanraya tapi mengabaikannya apabila mandat di beri.
Ini kerana rakyat sentiasa akan melihat apa yang disumbangkan oleh wakil rakyat yang mereka pilih.
Pkr pula hanya memenangi 3 kerusi sahaja dan terbukti majoriti rakyat menolak kepimpinan Anwar yang diselubungi berbagai-bagai isu kebelakangan ini. Sementara Pas, SNAP dan Parti Cinta Malaysia tidak memenangi sebarang kerusi mungkin menandakan mereka akan lenyap selepas ini dalam arena politik Sarawak.
Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada rakyat Negeri Sarawak yang memilih Barisan Nasional dan mudah mudahan ini akan menjadi ikutan negeri-negeri lain dalam Malaysia pada pilihanraya umum yang akan datang.
By Blog Penyokong Kerajaan Bn
Saturday, April 16, 2011
2 comments
KOTA BHARU 16 April — UMNO Kelantan hari ini membidas kerajaan negeri itu kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) dan Arked UDA.
Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas itu tidak bertimbang rasa kerana enggan memberi peluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
"Kita kesal pintu rundingan ini dikatakan sudah tertutup. Ini soal janji yang mereka buat (semasa pilihan raya umum lepas) dan saya mohon kerajaan negeri menangguhkan perpindahan peniaga ini sehingga ada jalan penyelesaian,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang ditemui selepas melawat peniaga terbabit di Pasar Lama MPKB mengulas mengenai isu perpindahan peniaga ke Bazar Tok Guru yang berlanjutan apabila kesemua mereka enggan berpindah sekalipun notis mengosongkan premis sekarang tamat 31 Mei ini. — Bernama
By Blog Penyokong Kerajaan Bn
Friday, April 15, 2011
0 comments
2011/04/15
KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan mengulas kenyataan terbaru yang dikeluarkan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin selepas hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak esok atau lusa.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kini pihaknya akan memberi tumpuan kepada pilihan raya Sarawak dan hanya akan mengulas berhubung isu itu selepas pilihan raya atau pada Ahad.
Beliau berkata demikian pada sidang media PKR di sini, sebentar tadi.
Terbaru semalam, Raja Petra berkata satu ketika Anwar yang menjadi rakan karibnya sudah kehilangan kredibiliti sebagai pemimpin serta tidak dihormati dalam pakatan pembangkang.
Sumber - Berita Harian
By Blog Penyokong Kerajaan Bn
Thursday, April 14, 2011
0 comments
KUALA LUMPUR 14 April – Pengakuan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai cubaan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan petunjuk jelas tentang siapa sebenarnya “kepala konspirasi” dalam politik negara.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, di sebalik pendedahan Raja Petra itu, apa yang dapat dilihat ialah siapa sebenarnya yang menabur fitnah dan mewujudkan konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Raja Petra telah dedahkan beberapa nama dan individu yang berkait secara langsung dengan seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan perancang segala konspirasi ini dengan niat tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri,” katanya di sini hari ini.
Dalam siaran Buletin Utama TV3 malam tadi, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006 adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri.
Raja Petra berkata, beliau sendiri tidak pernah menuduh Najib atau Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu dari parti pembangkang itu yang dikatakannya mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Anwar.
Anuar berkata, pengakuan Raja Petra itu amat mengejutkan dan beliau percaya pemimpin pembangkang itu tidak akan berani memfailkan saman terhadap Raja Petra. - Bernama
Sumber - Utusan