Hari Jumaat itu, Pak Mat menjadi imam solat jumaat. Namun belum lama ia berkhutbah, dilihatnya para jemaah terlentok-lentok, dan bahkan ada sebahagian tertidur dengan lelap.
Maka berteriaklah Pak Mat,
"Api ! Api ! Api !"
Segera saja, seisi masjid terbangun, terbeliak mata dengan pandangan yang panik menoleh kiri-kanan. Sebahagian ada yang terus bertanya,
"Dimana apinya, Tok imam ?"
Pak Mat meneruskan khutbahnya, seolah-olah tak acuh pada yang bertanya,
"Api yang dahsyat di neraka, bagi mereka yang lalai dalam beribadah."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.